Saya tak pandai teknikal. Boleh ikut ke?
Boleh. Sebab ini 1-on-1, coach ikut tahap awak. Kita mula dari asas dan ulang sampai awak faham.
Apa maksud "semua kerja disistemkan" dalam Pakej 2?
Funnel, content calendar, copywriting, edit video, ads dan skrip closing dah disusun jadi sistem. Awak cuma beri arahan dan sistem yang siapkan. Satu-satunya kerja manual ialah rakam video.
Apa beza Pakej 1 dan Pakej 2?
Pakej 1 ajar awak buat semua secara manual. Pakej 2 ajar benda yang sama, tapi awak balik dengan sistem yang buat kerja tu untuk awak, content calendar untuk 3 peringkat funnel, dan bonus latihan closing secara praktikal.
Kenapa video viral tak termasuk dalam waranti?
Viral bergantung pada algoritma platform dan faktor luar yang tiada siapa boleh kawal sepenuhnya. Coach akan pecahkan formula dan hasilkan video custom untuk syarikat awak, tapi jumlah views tidak boleh dijamin.
Saya belum ada akaun ads. Perlu buka dulu ke?
Tak perlu. Kita setup bersama dalam kelas: Business Portfolio, Ad Account, payment method, dan link Page, Instagram & WhatsApp Business. Semua guna akaun awak sendiri, jadi akaun tu kekal milik awak.
Macam mana nak tempah?
Mula dengan call percuma 15 minit. Tekan butang "Tempah call percuma 15 minit" dan isi nama, bisnes dan masalah utama awak dalam WhatsApp. Kita set masa call, dan coach cadangkan pakej yang sesuai. Kalau awak dah yakin, terus tekan butang "Pilih Pakej" pada kad harga.